Tempat <b>makan</b> menarik <b>Pulau Pinang</b> - Nasi Kandar Tajuddin <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang |
Tempat <b>makan</b> menarik <b>Pulau Pinang</b> - Nasi Kandar Tajuddin <b>...</b> Posted: 08 Dec 2013 04:30 PM PST Kalau nak cerita tentang tempat makan menarik Pulau Pinang, memang terlalu banyak. Semua yang best-best kat Pulau Pinang kebanyakkannya adalah nasi kandar. Ramai orang cerita pasal geli mamak nasi kandar kotor, pimai pimai orang Penang tetap pekena nasi kandar juga. Nak buat macam mana sedap bang oooi!. Pejam mata saja tunjuk kat peta Georgetown, mesti ada kedai makan menarik Pulau Pinang atau nasi kandar best berhampiran. Salah satu yang menarik dan baru saja saya dan kawan-kawan pekena beberapa hari lalu adalah Nasi Kandar Tajuddin Hussain di Pulau Pinang. Lokasi tempat makan menarik ini adalah di Queen Street. Kalau nak pergi Google saja Queen Street kemudian cari restoran nasi kandar Tajuddin di jalan tersebut. Parkir letak kereta agak susah, jadi jangan risau untuk letakkan kereta sebaik saja ada kekosongan walaupun jauh dari kedai. Keluar kereta berjalan kakipun tak apa...berbaloi!. Apa yang kami makan baru-baru ini kat Tajuddin Hussain Mulanya nak pekena nasi beriani, tapi malangnya semua dah habis. Kami pergi agak lewat sedikit selepas selesai solat jumaat di Masjid Jalan Aceh. Kebetulan ada demo dari perkumpulan yang menamakan diri mereka anak muda Melayu Pulau Pinang depan masjid selepas solat. Mereka tak puas hati kerana Jeff Ooi kata kucing kurap. Isu kucing kurap itu dirasakan menyentuh sensitiviti orang Melayu dan mereka mau Jeff Oooi mohon maaf. Kalau tidak mereka nak bawa kucing kurap dan anjing kurap pergi ke rumah Jeff Oooi. Saya lihat ada zamil sekali dalam demo tu. Memang sah mereka geng-geng pembangkang kat Pulau Pinang tu. Zamil tu sering dilihat beri kenyataan hebat bertanyakan berbagai soalan kepada Anwar Ibrahim dalam berita TV3. Tapi nampaknya setakt ini, satu soalanpun Anwar Ibrahim tak jawab. Anwar buat tak tahu saja. Mungkin dia malas nak layan Zamil yang keluar Umno masuk KITA dan lesap KITA, kemudiannya jadi pejuang Melayu pulak dah!!!. Itu hal depalah. Yang pentingnya kes demo mereka telah membuatkan saya missed nasi beriani Tajuddin hari itu. Hanya tinggal nasi putih biasa dan juga nasi tomato. Saya pilih nasi putih biasa sahaja. Lauk kami angkat ayam masa ross seketul. Paha itik angsa seketul masak kari dan daging kambing kurma dua ketul. Mamak sediakan kuah rasyam satu jar dan ada papedom satu beg plastik. Sebaik saja datang semuanya tersusun, apa lagi kami suap makan tak panggung kepala lagi dah. Sehinggalah datang seorang lelaki agak berumur kemasai minta saya belanja dia nak makan. Dia lapar sangat sambil menunjukkan perutnya pada saya. Saya panggil mamak suruh isikan nasi, kuah dan ayam seketul. Tambah satu gelas teh ais...bil saya tanggung. Mamak terus berikan pada lelaki tersebut dan saya lihat dia makan dengan lahapnya. Untuk memberikan gambaran tempat makan menarik Pulau Pinang yang kami pergi hari itu, saya paparkan beberapa keping gambar lauk dari Kedai Tajuddin untuk tatapan anda. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment