<b>Pelik</b> Bin Ajaib: Isu Provokasi Gantung Banner Allah di <b>Pulau Pinang</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang |
<b>Pelik</b> Bin Ajaib: Isu Provokasi Gantung Banner Allah di <b>Pulau Pinang</b> Posted: 29 Jan 2014 06:44 PM PST Isu Provokasi Di Pulau Pinang - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sekali lagi meminta semua pihak agar tidak bertindak balas dalam isu provokasi yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari lalu. Kata Perdana Menteri, keadaan itu dibimbangi boleh mengeruhkan lagi keadaan. Menurut Datuk Seri Mohd Najib, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mereka seharusnya bertindak secara rasional, dan berpaksikan kedaulatan undang-undang yang didukung selama ini. Kenyataan terbaru itu dibuat Perdana Menteri dalam entri terbaru Facebook beliau. Pada Ahad lepas, kain rentang bertulis perkataan mensyirikkan Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di Pulau Pinang. |
Anwar menang, harga satay turun?.. Biar betul Azmin ni.. Posted: 29 Jan 2014 07:46 PM PST Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan. Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut. "Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini. Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang. Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin. Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu ~ Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Pulau Pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment