Anak Sungai Derhaka: Najib diberi <b>makan</b> kangkung di <b>Pulau Pinang</b>.. - Blog Makanan di Pulau Pinang |
Anak Sungai Derhaka: Najib diberi <b>makan</b> kangkung di <b>Pulau Pinang</b>.. Posted: 15 Jan 2014 05:21 PM PST Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung". Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung. Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan. "Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya. Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca. Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya. Para peserta protes di Jalan Alma itu melaungkan slogan lucu dan bermain versi remix ucapan Najib yang kini tersebar luas. Seorang peserta membawa poster yang menggambarkan Najib sebagai Kolonel Sanders KFC, kecuali akronim KFB bagi "Kangkung Fried Belacan" ~ Malaysiakini |
Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b>, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b> Posted: 10 Jan 2014 03:56 PM PST
Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Liza berkata, kejadian berlaku ketika waktu makan tengah hari selepas memesan set ayam goreng. Menurutnya, ketika makan, dia hairan kenapa ada rasa kenyal dan sedikit kental sedangkan sebelum ini ketika makan ayam yang sama tidak pernah rasa sedemikian. "Kemudiannya saya cuba siat ayam itu dan lihat di bahagian tengah ayam memang ada kertas yang mana tertera beberapa perkataan seperti nota. "Saya cuba lihat seketul lagi ayam yang lain dan saya terkejut kerana ia masih sama dan jelas memang ada kertas yang masih bertulis dan elok, kemudiannya saya memanggil pelanggan yang duduk bersebelahan dengan meja saya dan bertanya sama ada benarkah itu kertas dan pelanggan terbabit turut periksa ayam yang dimakannya," katanya kepada Sinar Harian. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, pelanggan berkenaan memanggil pengurus restoran berkenaan untuk melihat ayam goreng itu. Liza berkata, mengecewakannya apabila pengurus terbabit kelihatan seperti acuh tidak acuh dan langsung tidak terkejut apabila diberitahu dia menjumpai kertas di dalam ayam goreng. "Apabila kami cakap terjumpa kertas dalam ayam, ayat yang terkeluar dari mulut pengurus cuma, 'oh yeke, kalau macam itu saya boleh minta maaf sajalah', sedangkan dia langsung tidak melihat kertas dalam ayam berkenaan. "Dah dia minta maaf takkan saya hendak marah-marah pula, kemudiannya pengurus berkenaan membuat tawaran kepada saya untuk menggantikan ayam goreng yang lain," katanya. Bukan ayam ganti yang dimahukan kakitangan swasta berusia 28 tahun itu, sebaliknya aspek kebersihan dilihat gagal bagi premis restoran makanan segera yang menjadi tumpuan orang ramai berkunjung itu. "Saya mengandung dan paling merisaukan saya adakah kertas yang saya makan itu selamat atau tidak memandangkan dakwatnya masih berada pada kertas," katanya. Malah dia juga akan membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) berhubung kejadian berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Pulau Pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment