Anak Sungai Derhaka: Najib diberi <b>makan</b> kangkung di <b>Pulau Pinang</b>.. - Blog Makanan di Pulau Pinang |
Anak Sungai Derhaka: Najib diberi <b>makan</b> kangkung di <b>Pulau Pinang</b>.. Posted: 15 Jan 2014 05:21 PM PST Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung". Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung. Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan. "Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya. Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca. Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya. Para peserta protes di Jalan Alma itu melaungkan slogan lucu dan bermain versi remix ucapan Najib yang kini tersebar luas. Seorang peserta membawa poster yang menggambarkan Najib sebagai Kolonel Sanders KFC, kecuali akronim KFB bagi "Kangkung Fried Belacan" ~ Malaysiakini |
GAMBAR "NAJIB" DI BERI <b>MAKAN</b> KANGKUNG DI <b>PULAU PINANG</b> <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 06:04 AM PST |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment