Friday, 17 January 2014

RAKYAT MARHAEN: Umno marah bila ada orang bagi makan ... - Blog Makanan di Pulau Pinang

RAKYAT MARHAEN: Umno marah bila ada orang bagi <b>makan</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


RAKYAT MARHAEN: Umno marah bila ada orang bagi <b>makan</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2014 08:57 PM PST

Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno Pulau Pinang yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab.

Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dilakukan agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup.

Seorang lagi pemimpin Umno Pulau Pinang, Musa Shaikh Fadzir berkata banyak lagi cara lain boleh dilakukan, bukan dengan menyumbatkan kangkung ke dalam mulut patung Najib Razak.

Dua tiga hari kepas sekumpulan anak-anak muda telah mengadakan tunjuk perasaan sambil membawa patung berupa Najib Razak dan menyumbatkan dengan seberkas kangkung ke mulutnya. Acara itu dibuat sebagai menempelak Najib Razak yang mengambil contoh bukan semua harga barangan naik, sebaliknya harga kangkung sudah turun.

Perbandingan Najib itu menyebabkan beliau diejak. Gambar acara memberi Najib makan kankung itu dimasukkan ke dalam Facebook secara meluas yang bagi pandangan sesetengah pihak ia menghina perdana menteri.

Sebenarnya perbuatan kumpulan berkenaan tidak perlu pun dilayan. Mereka hanya menyumbat kangkung kepada patung Najib saja dan tidak lebih dari itu.  Kalau kejadian itu tidak diungkit ia dilupakan begitu saja. Kejadian seperti itu bukan pelik kerana sebelum ini bermacam-macam replika berupa pemimpin dilakukan dengan cara lebih 'beruk' lagi.

Tidak terkecuali pemimpin Umno, pemimpin DAP, Pas dan PKR juga diperlakukan demikian rupa. Gambar Anwar Ibrahim pernah dibakar. Gambar Karpal Singh juga dibakar begitu juga degan gambar Lim Kiat Siang. Gambar Tokguru Nik Aziz diadunkan dengan tubuh babi, dan dikencing. Tetapi mereka tidak memberi apa-apa reaksi. Mereka meneriam itu sebagai vandalisme politik.

Nampaknya bila kena giliran Umno mereka melenting macam buah guling jatuh ke simen. Tenanglah duhai Umno, kalau gambar pemimpin pembangkng boleh diperlakukan dengan cara lebih huduh dari itu kenap tidak dengan gamabr Najib Razak.

Kita tahu tindakan membela Najib itu adalah untuk membodek Najib. Mereka sendiri sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu perdana menteri. Kalau mereka jujur untuk membela perdana menteri, menjaga maruah Najib, mereka boleh nasihat Najib berundur dan serahkan kerusi kepada Muhyiddin Yassin. Cara itu lebih praktika dan dapat menyelesaikan masalah. Hanya dengan memakin hamu acara itu dan menganggap ianya tidak memberi bekas, sama dengan tindakan Umno membela Najib itu juga tidak memberi bekas.


Sikap pemimpin Umno Pulau Pinang itu memperjelaskan mereka sangat terdesak dan sudah habis iktiar untuk bermain politik secara baik. Tindakan memarah kumpulan yang memberi makanan kangkung kepada Najib ia memberi publisiti percuma dan provokasi terhadap Perdana Menteri itu berjaya kerana ia diberi reaksi sedemikian rupa. Tentu kumpulan itu dan Adun Machang Bubuh sangat gembira kerana ocahan mereka diberi reaksi.

Elok juga polis jalankan siasatan dan mereka terlibat didakwa kerana kita mahu dengar di mahkamah nanti apakah sebab mereka memberi patung Najib 'mentankedarah' kangkung. Dan pastinya pendakwaan gara-gara memberi pantung PM makan kangkung akan mendapat perhatian dunia, dan Malaysia dalam keadaan ekonomi robek dan merudum ini dapat mencipta rekod baru, perbicaraan ke atas orang memberi makan kangkung kepada replika perdana menteri berlaku di Malaysia. Manakala orang yang membunuh Altantuya terlepas. 

MSO

Pas Selamatkan Mat Sabu Agar Mat Sabu Selamatkan DAP di <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 05:00 AM PST

December 24, 2013   ·   10 Comments

picsay-1387864212

Oleh Naimah Shaari

Bersabit dengan isu perlantikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri pada minggu lalu, PAS Pulau Sinang sendiri dapat menghidu sepertinya ada agenda yang tersirat mahu dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi PAS Pulau Pinang.

Bagi Pemuda PAS, Mat Sabu yang sebelum ini menunjukkan secara terang tidak mahu dilantik menjawat jawatan itu dan kemudiannya berubah fikiran mahu menggalas tanggungjawab di negeri itu adalah sesuatu yang pelik.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin meluahkan rasa pelik dengan tindakan Mat Sabu itu kerana Mat Sabu sebelum ini telah menamakan Datuk Mohd. Salleh Man sebagai Pesuruhjaya Negeri.

Malah, Mat Sabu juga telah memainkan peranannya yang mahu dilihat sebagai suci apabila mengatakan mahu mempertimbangkan semula jawatan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang supaya digalas semula oleh Mohd Salleh.

Namun, ia berubah dalam kadar masa yang sekejap apabila Mat Sabu tiba-tiba bersemangat menzahirkan apabila menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, beliau mahu meneruskan kelangsungan parti termasuk dalam konteks kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Pusingan 360 darjah kata-kata dan tindakan Mat Sabu itu sebenarnya mengandungi pelbagai agenda tersirat yang mahu dilaksanakan.

Mutakhir ini, ramai pihak membuka mata memberikan fokus kepada isu Syiah yang melibatkan diri Mat Sabu apabila beliau diserang oleh ramai pihak sementalah kerajaan sendiri akan mengambil tindakan kepada pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah.

Kedudukan Mat Sabu pastinya terlalu goyah kerana ramai ahli PAS dan rakyat sudah mulai sedar, pemimpin PAS itu yang berselindung di sebalik agama Islam sebenarnya mampu menggugat akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu pada Selasa minggu lalu adalah salah satu langkah yang diambil untuk menyelamatkan imej Mat Sabu.

Ini kerana, dengan perlantikan tersebut, PAS berharap ia dapat membuka mata ramai pihak khususnya orang Melayu Pulau Pinang tentang peribadi Mat Sabu yang sebenarnya berwibawa menjadi pemimpin umat Islam di negeri itu dan mampu menjalankan tugas dengan baik dan bagus.

Secara tidak langsung, tindakan itu juga dapat mengaburi mata rakyat yang lama-kelamaan akan memadamkan isu Syiah. Samalah seperti kata-kata yang dikeluarkan oleh Mat Sabu dalam penulisannya dalam HarakahDaily.net yang merasakan pastinya isu Syiah akan tenggelam membabitkan dirinya. Inilah tindakan yang diambil oleh PAS supaya Mat Sabu dan Syiah tidak lagi dibicarakan oleh ramai pihak.

Perlantikan Mat Sabu itu juga adalah mahu merealisasikan agenda PAS untuk mengembalikan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang memandangkan pembangkang mengalami kemerosotan sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang.

Jadi, Mat Sabulah yang dilihat sebagai alat propaganda yang mampu diguna pakai oleh PAS dan pembangkang supaya dapat mengembalikan sokongan orang Melayu kepada parti mereka.

By


Tentang puasa, ayam goreng dan kegilaan berbelanja – Oleh Izmil <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2012 01:19 AM PDT

Ramadan sudah masuk seminggu. Daripada seminggu itu, tiga hari berbuka di kedai mamak; atau lebih sopannya 'restoran India Muslim'. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang Darul Mamak, sepatutnya saya tidak rasa bersalah. Tapi tak apalah. Pokoknya sudah tiga hari berbuka puasa dengan nasi putih panas, ayam goreng rangup, sayur kubis yang dimasak dengan apa entah sampai jadi kuning menyala, kuah kari campur (kuah kambing lebih sikit) dan papadom.

Menu tidak berubah. Tetap makan benda serupa. Senang begitu, supaya tak perlu jenuh fikir apa nak makan. Cumanya walaupun menu serupa, tetapi harga tak sama. Ini sebenarnya tidak begitu pelik. Kalau di Pulau Pinang, zaman juruwang kira guna jari, udang seekor boleh berubah harga dalam beberapa jam sahaja. Tengah hari harga lain, malam harga lain. Udang yang sama.

Tetapi dalam kes saya ini, tidak melibatkan udang. Adalah kesilapan besar untuk makan udang dan sotong di kedai nasi kandar. Ini kesilapan biasa para warga Kuala Lumpur yang beriya mahu makan nasi kandar yang konon paling power setiap kali singgah ke Pulau Pinang. Dasar pelancong. Memang nak kena sembelih. Tapi itu cerita lain.

"Ayam satu ketul lima ringgit"

Kes saya ini melibatkan ayam. Memandangkan itulah satu-satunya benda yang saya makan, maka saya dapat melihat indeks naik turun harga ayam goreng dengan lebih dekat dan jitu. Hari pertama, 'mapley' yang cedok kuah jerit kepada juruwang "sembilan lapan". Ya, RM9.80 untuk hidangan yang telah saya sebut di atas. Kali kedua, turun jadi "tujuh dua" dan baru petang semalam, dia laungkan "lapan anam".

Saya tidak pandai matematik, maka saya tidak mahu berhujah panjang. Tetapi saya mahu tahu juga, menatang apa yang saya makan sampai jadi mahal begitu? Ayam belanda? Atau NFC ada bikin projek ternak ayam daging istimewa yang saya tak tahu?

"Kepala otak hang," bisik hati sanubari saya yang semakin hari semakin tertekan dengan kenaikan harga barang yang menggila ini. Sejak bila ayam goreng seketul jadi lima ringgit?

Saya melihat perihal kenaikan harga barang makanan ini sebagai suatu fenomena akhir zaman. Ya, akhir zaman; di saat manusia bertuhankan wang dan harta serta diperhambakan hutang dan harga kereta. Puitis betul – harta, kereta. Namun ini pokok pangkal permasalahan umat manusia akhir zaman. Dan melihat perkara ini terjadi di kala Ramadan adalah sesuatu yang amat mengharukan.

Ada sekeping gambar yang dikongsikan di laman Facebook siang tadi. Kapsyennya menceritakan bahawa seorang ulama Arab Saudi yang sedang berbicara dalam forum secara langsung di kaca televisyen, menerima panggilan telefon dari Somalia. Adatnya mahu bertanyakan soalan hukum hakam agamalah, seperti kelaziman manusia menelefon ulama yang sedang bercakap di televisyen.

Soalan berbunyi, "Adakah puasa saya diterima sekiranya saya tidak bersahur dan tidak juga berbuka?" Sang Ulama lantas terus terdiam menitiskan air mata mengenangkan nasib umat manusia di Somalia yang sedemikian sengsara menahan lapar dahaga.

Ini pelik sebenarnya kerana kita sedia tahu bahawa umat manusia di Semenanjung Tanah Arab berbuka puasa dengan hidangan nasi mandy dan kambing panggang seekor yang dikongsi lima orang, atau mungkin tiga – kerana dua lagi sudah tertidur kekenyangan. Di saat negara tanduk Afrika itu mengharungi Ramadan dengan lapar dan dahaga yang berkepanjangan; ada segerombolan besar cukong minyak kaya raya terbongkang kenyang di tepi talam briyani dengan perut sebesar gunung Uhud.

Petunjuk masalah sosial

Ini petunjuk besar kepada kesialan perangai manusia yang mengaut kekayaan berlebihan dan melupakan tanggungjawab sosial. Ini masalah kapitalisme jahat yang harus diperangi habis-habisan. Ya memang tidak salah untuk melantak sampai pengsan, itu hak masing-masing. Tetapi celah mana hilangnya unsur besar Ramadan yang bertujuan mendidik kesederhanaan dan pemilihan jalan tengah moderat dalam melakukan apa sahaja tindakan.

Ini juga kedapatan dalam budaya masyarakat Malaysia. Meski mengeluh tak ada duit mahu berbelanja, bila sampai bab makan dan berbuka puasa dia tetap tak mahu mengalah. Lihat sahaja gejala budaya berbuka puasa di hotel secara bermewah-mewah yang semakin menjadi kelaziman masyarakat, walaupun ia sedar diri bahawa ia sebenarnya tidak ada kemampuan itu. Malangnya dia sengaja membiarkan diri dipujuk oleh sekalian kapitalis tamak yang menjadikan kelaparan sebagai modal untuk mengaut untung berlipat ganda di bulan mulia ini.

Kenapa biarkan diri tertipu? Kenapa wajib sangat berbuka secara bufet di hotel mewah untuk melantak kambing golek dan roti jala RM5 sekeping? Bukankah ini satu kegilaan dan kepelikan yang jelas nyata? Lapar sangat kah? Apakah kebab RM3 di pasar ramadan tidak mencukupi?

Setipa orang Islam berpuasa kerana mematuhi ajaran agama. Tetapi apabila agama menganjur supaya jangan membazir, ada pula yang tidak mahu ikut. Apabila agama menganjur supaya bersedekah dan melangsaikan tanggungjawab sosial kepada fakir miskin, ada yang bersikap lantak saja sang fakir yang mengemis sambil berselawat di tengah-tengah kesibukan pasar Ramadan.

Yang penting nasi kerabu mesti dibeli. Mesti bergegas untuk dapatkan nasi kerabu, kalau lambat nanti telur asin habis. Kalau boleh biar dua tiga bungkus. Kalau ada duit lebih sikit, enjoy saja bufet Ramadan di hotel-hotel.

Mengagungkan nafsu ini adalah mentaliti yang dibentuk dengan cemerlangnya oleh kapitalis jahat supaya konsumsi manusia kekal malar atau semakin bertambah pada waktu yang sepatutnya dia belajar bersederhana dan berjimat cermat. Fikiran yang mengundang kepada semangat mementingkan tembolok inilah yang menghancurkan ramai pemuka United Malays National Organisation; maka perangai ini harus malah wajib dijauhi.

Betapa rancak panah-panah kapitalis itu dilancarkan dari busur-busur ketamakan mereka yang dibayangi dogma kononnya Ramadan bulan menjana ekonomi Islam. Berselindung di sebalik agama untuk mengaut untung berlipat ganda. Yang keluar duit siapa? Kamu! Yang kutip duit siapa? Dia! Kamu dapat kenyang dan kemudian terbongkang tak pun pergi sembahyang. Dia seronok kira wang. Ini kezaliman dalam mengambil kesempatan terhadap kelaparan dan kegampangan manusia yang mudah tertipu dengan godaan makanan dan hawa nafsu.

Kebendaan sembahan baru

Dari segi sosial, amalan Ramadan, Hari Raya dan duit sudah tidak dapat dipisahkan. Ulama UMNO sepatutnya tegas bersuara dan memfatwakan bahawa semua ini bid'ah yang sesat belaka. Ini langsung tidak kena dengan anjuran Perdana Menteri supaya berwasatiyah dan mengambil jalan tengah, sifat sederhana sebagaimana yang telah dianjurkan DAP – parti yang tidak mencampuradukkan agama dan politik.

Hairan juga dengan satu jenis manusia yang melolong memekik kononnya Melayu Pulau Pinang tertindas tetapi dengan muka selamba menabur wang membazir syok sendiri dengan bufet Ramadan mewah dan rumah terbuka Hari Raya yang niatnya meraikan Datuk Datin Tan Sri Puan Sri Tun Toh Puan, sedangkan mereka yang fakir hanya meleleh air liur mengenangkan puasa bersahur air sejuk dan berbuka dengan sebutir kurma.

Jadi ketamakan, kapitalisme kroni dan kebankrapan budaya yang menjadi tunjang keberadaan UMNO inilah yang mesti dibetulkan. Hanya dengan itu kita boleh menstabilkan ekonomi negara supaya bebas dari sebarang ketirisan.

Mungkin selepas UMNO ini meninggalkan kursi Putrajaya, barulah kedai nasi kandar boleh jual ayam goreng seketul seringgit setengah; macam waktu saya sekolah rendah dulu. Atau campur tolak kadar inflasi sekarang, setakat dua ringgit pun masih masuk akal lagi. – Roketkini.com

ARTIKEL BERKAITAN

Anak Sungai Derhaka: Banjir dah surut.. RM750 yang dijanjikan <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2014 06:00 AM PST


NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hairan dengan sikap dolak dalih Kerajaan Negeri Pahang dalam isu sumbangan banjir.

Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata ramai mangsa banjir besar yang melanda daerah ini awal lalu menghubungi kami dan tertanya-tanya, bilakah agaknya sumbangan banjir yang dijanjikan oleh kerajaan akan turun.

Mereka hairan, kerajaan memberi berbagai alasan berkaitan perkara itu.

Umum mengetahui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Temerloh beberapa hari selepas banjir melanda, telah berjanji akan memberi sumbangan darurat sebanyak RM500 kepada semua mangsa yang terlibat.

Selepas itu, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob pula berjanji untuk memberi bantuan tambahan Kerajaan Negeri sebanyak RM250 lagi.

Ini bermakna seorang mangsa akan mendapat RM750 sebenarnya. Namun selepas sekian lama menunggu, nampaknya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, sedangkan musim persekolahan penggal pertama sudah bermula.

Sedangkan majoriti mangsa banjir mengalami kerugian yang besar akibat musibah yang melanda. Kini sudah hampir dua bulan banjir itu berlalu, ramai yang mengeluh mana perginya wang banjir yang dijanjikan oleh kerajaan itu.

Beliau juga berkata, kerajaan seolah-olah cuba bersikap "double standard" dalam urusan pengagihan kepada mangsa banjir.

"PM sanggup turun ke Kemaman dan berikan sumbangan banjir yang besar hampir RM7,500 kepada setiap mangsa.... namun di Kuantan negeri beliau sendiri hingga kini masih menunggu", kata Shukri.

Beliau juga hairan, begitu mudah Menteri Besar Pahang mengatakan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersetuju menyumbangkan RM32.5 juta (AS$10 juta) kepada Pahang bagi membantu kerajaan negeri menangani kesan daripada bencana banjir yang melanda awal Disember lalu.

Sedangkan umum mengetahui Presiden UEA mahu hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir ketika banjir melanda, maka sudah pastilah untuk keperluan mereka (individu).

Tetapi kini lain pula ceritanya. "Soalnya, kenapa sumbangan itu pula jadi untuk memulahkan kesan banjir atau prasarana yang berkaitan?. Bukankah itu tugas Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menyediakan dana terbabit... "

"Bukankah kerajaan sudah menyediakan bantuan segera untuk tujuan berkenaan. Kenapa wang sumbangan untuk mangsa dikatatakan untuk prasarana. Jika begitu, sudah pasti wang berkenaan tidak akan sampai kepada kami walau satu sen pun.. atas alasan untuk membangunakn semula prasarana.... Maknanya, kerajaan negeri gunakan wang yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat bagu tujuan memulihkan kesan banjir.. bukan kepada mangsa-mangsa berkenaan", tambah beliau lagi.

Sementara itu, beliau juga hairan bila agaknya wang sumbangan pusat serta negeri RM750 itu akan turun.

"Banyak alasan dibuat kononnya mangsa banjir yang tidak banjir mengaku kena banjir dan sebagainya... Bukankah satu dunia dah tau kawasan seperti Cenderwasih dan Perkampungan Sungai Isap, majoriti memang kena banjir yang teruk.. maka apa lagi yang mahu disiasat oleh kerajaan.. "

"Adakah mereka mahu memilih bulu baru mahu hulurkan sumbangan terseut?. Adakah mahu pilih penyokong kerajaan atau orang UMNO BN sahaja baru nak disumbangkan.. Bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan pasti tidak dapat sumbangan. MB tidak perlu berdolak dalih dalam hal ini.. Wang yang telah diamanahkan sepatutnya diagihkan kepada rakyat dengan telus dan adil.. jika tidak beliau terpaksa jawab di akhirat kelak.. "

"Mangsa banjir mereka mahu pilih bulu baru nak bagi sumbangan.. inikah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.. Mereka berdendam sebenarnya sebab Kuantan dan Indera Mahkota majoritinya menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang lalu", katanya lagi.

Beliau turut menggesa, kerajaan tidak membuat kesalahan kedua yang boleh mengecewakan hati rakyat.

"Jika berjanji untuk beri sumbangan ... maka berilah... tidak perlu berdolak dalih dengan berbagai alasan. Jika sumbangan UEA itu dibuat untuk kesan banjir.. pasti yang dapat nanti ialah proksi-proksi dan kroni-kroni yang akan mendapat kontrak atas kerja-kerja yang akan dilakukan."

"Bukankah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri sudah menjalankan kerja-kerja berkaitan. Kenapa wang tersebut perlu digunakan untuk itu lagi. Seeloknya ia diberikan kepada rakyat, kerana mereka kini amat memerlukan dikala harga barangan naik dan kos ekonomi yang terus meningkat..."

"Nak bagi bagilah, jangan bagi alasan seolah-olah wang tersebut itu kini untuk mereka belaka", tambah Shukri lagi ~ Pahang Daily Online

Video berkaitan sila lihat di SINI

No comments:

Post a Comment

Post Popular