Wednesday, 29 January 2014

Makanan: Kami Di Pulau Pinang - Diari Seorang Mama - Blogger - Blog Makanan di Pulau Pinang

<b>Makanan</b>: Kami Di <b>Pulau Pinang</b> - Diari Seorang Mama - Blogger - Blog Makanan di Pulau Pinang


<b>Makanan</b>: Kami Di <b>Pulau Pinang</b> - Diari Seorang Mama - Blogger

Posted: 28 Dec 2013 04:33 PM PST

Sepanjang kami berada di Pulau Pinang, aku rasa makanan dekat sana memang yang terbaik pernah aku rasa. Ni adalah antara sebab untuk kembali lagi ke Pulau Pinang!

Ceritakan pasal ni aje dah buat aku teringat kenikmatan rasa makanan di rasa. Selain dari tu harga makanan dekat sana memang agak murah berbanding di sini.

Sampai aje di rumah Syafie, perut masing-masing dah start mendendangkan irama tanda minta diisi. Kami bercadang nak cari makanan yang ringan-ringan aje.

Lagipun Syafie dah kata dia nak bawa kami pergi makan char koay teow yang terbaik dekat area situ. So, kami singgah di sebuah warung yang berada di sekeliling kawasan Syafie tinggal.

Ada banyak gerai lain juga, tapi kebanyakkannya tutup. Menurut Syafie diorang tutup sebab pembeli diorang yang kebanyakkannya budak UiTM dah balik bercuti.

Kami order roti canai biasa dan juga roti telur. Bila masuk aje roti tu ke mulut, automatik terkeluar perkataan sedapnya!

Roti dia lembut sangat dan yang paling sedap dia punya kari dal! Walawei, sedap bangat korang! Aku tak bawa kamera time ni, kalau idak confirm dah tunjuk dekat korang! Hehe!

Malamnya pula lepas ronda-ronda sekitar bazar, Syafie bawa kitorang ke sebuah restoran yang hanya menjual char koay teow dan juga nasi lemak.

Time tu jam di tangan dah melewati pukul 12 tengah malam, tapi orang dekat restoran tu sikit punya ramai! Terpusing-pusing kami cari tempat duduk.

Sampai aje apa yang kami pesan, terus aje melahap. Tapi korang jangan tanya aku perbezaan rasa dia sebab ni adalah kali pertama aku rasa char koay teow. Hehe!

Yang pasti aku suka rasa udang dia yang segar. Marvelous! Cuba pedas teramat! Hehe!


Besoknya pula kami memang dah target nak makan nasi kandar. Dalam kepala otak memang dok terfikir Line Clear aje sebab memang famouskan.

Nak sampaikan ke sini pun kitorang sesat! Sesat aje kerja kitorang time dekat sini. Hehe! Masa sampai dekat restoran ni, kitaorang lalu pintu belakang.

Dekat belakang tu ada car wash, aku mati-mati ingat itu restorannya. Siap tanya Syafie tak ada kerusi meja ke nak duduk makan. Hehe!


Perjalanan dari signboard dekat bawah, tak berapa jauh sangat sebenarnya. Terasa macam adventurous pula sebab dia punya jalan macam nak pergi bertapa dekat gunung. Hehe!

Orang sikit punya ramai time tu. Kitorang kena tunggu giliran pula nak makan. Sementara tu aku dok jenguk sekitar restoran ni.

Restoran ni tak adalah besar sangat macam yang aku bayangkan. Dia punya kedai macam dekat tepi lorong aje. Syafie kata sebab tu nama kedai dia Line Clear.

Dulu bila kereta dah tak ada lalu, diorang jerit "Line clear!"

Betul ke tak cerita tu, aku tak tahu. Hehe!


Lepas dah ada tempat nak duduk, kami berbaris pula ambil makanan. Encik suami suruh campur kari apa entah, tiba-tiba orang yang ambilkan tu kata, "Tak kena ni! Nanti rasa tak sedap!"

Kalau tanya dekat aku, boleh tahanlah rasa dia. Memang akan buat korang rasa nak datang lagi. Yang pasti pinggan aku memang clear time tu. Hehe!


Sebelum aku ke Pulau Pinang, manager aku suruh aku rasa pasembor. Tapi aku boleh pula lupa nak rasa pasembor tu macam mana.

Dah balik Klang baru teringat. Macam mana rupa dia pun aku tak tahu. Syafie kata lebih kurang macam makan Yong Tau Fo tapi kuah dia kuah kacang.

Mungkin lain kalilah dapat makan pasembor. (^_^)

Itulah aje makanan yang sempat aku rasa time dekat Pulau Pinang. Rasa dia buat aku teringat sampai sekarang especially kuah kari dal roti canai yang aku mula-mula makan dekat sini.

Memang sedap tak terkata! Hehe!

Okaylah korang, itu ajelah bebelan aku hari ni. Nak bersiap pergi kenduri kahwin anak sepupu aku di Kuala Selangor pula ni. Kenduri terakhir untuk 2013 ni

Chow (^_^)


Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen


No comments:

Post a Comment

Post Popular