Monday 17 March 2014

Che Syaedah: Utusan Online - Utara - Blog Makanan di Pulau Pinang - Blog Makanan di Pulau Pinang

Che Syaedah: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


Che Syaedah: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>

Posted: 28 Jan 2014 12:26 PM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Shamsul Anuar Nasarah (berdiri, dua dari kanan) turut sama dalam aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung sempena Pesta Makanan Tradisional Lenggong. baru-baru ini.

LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu sebenarnya bukan sahaja mempunyai tapak arkeologi prasejarah, malah turut memiliki warisan masakannya yang tersendiri.

Lenggong yang terletak di Hulu Perak begitu sinonim dengan topografi Sungai Perak yang membawa kepada pembentukan tasik seperti Tasik Raban.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ikan air tawar seperti loma, tilan, baung, keli, kaloi, lampam, sepat, tengalan, puyu, belida, temoleh, kelah dan sebarau mudah didapati di sini.

Bahan aslinya seperti pucuk paku, keladi, ulam-ulaman serta pucuk-pucuk kayu seperti salang dan cemperai pula boleh dipetik pucuknya untuk dijadikan sayur.

Pada asasnya, warisan masakan Lenggong banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan tempatan daripada tumbuh-tumbuhan, hasil sungai serta hutan seperti rebung dan umbut rotan, yang boleh didapati di sekitar kampung.

Difahamkan, terdapat 25 jenis masakan asli warisan Lenggong yang diwarisi dan begitu dikenali dalam kalangan masyarakat di sini.

Antaranya termasuklah masak lemak pekasam loma, gulai daging Patani, gulai umbut pisang hutan, ikan pindang, pais ikan keramat, belotak, ikan sungai bakar cicah air kerabu, kerabu umbut rotan bakar, kerabu umbut tepus gajah dan rendang daging masak hitam.

Penulis berpeluang menghadiri Pesta Makanan Lenggong yang masuk kali kedua penganjurannya Pesta itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz .

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kesempatan mengunjungi pesta itu orang ramai berpeluang mengenali dua jenis masakan warisan di sini yang dikenali sebagai kebebe dan cara memasak nasi di dalam buluh.

Nama kebebe cukup janggal sekali didengar, namun sebenarnya, menu berkenaan merupakan makanan tradisi masyarakat Patani di Lenggong atau mungkin lebih sesuai dikenali sebagai 'rojak'.

Seorang penduduk, Tayibah Ismail, 59, dari Kampung Teluk Batu berkata, makanan tradisional itu begitu mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahannya boleh didapati di tepi rumah mahupun kebun di sini.

Menurut Tayibah, bahan-bahan yang digunakan merangkumi cili padi, belacan, garam, gula, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, cermai, belimbing, kelempong, cedong, dan jambu batu yang telah dipotong kecil.

"Caranya ialah kita masukkan cili padi, garam dan belacan di dalam lesung kayu dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali bubuh gula secukup rasa.

"Kebebe boleh dihidang dalam kelopak jantung atau daun pisang. Masukkan dalam polisterin pun tak mengapa kerana boleh dimakan pada bila-bila ketika bersantai," katanya.

Tayibah berkata, kebebe seringkali dibuat ketika terdapatnya majlis kenduri sewaktu penduduk kampung bergotong-royong menumbuk kerisik kerana penghasilannya boleh menghilangkan minyak yang terdapat di dalam lesung.

"Rasa kebebe ini semuanya ada. Ada rasa manis, masin, masam, kelat dan masin. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil kebebe, namun, hidangan ini berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Chain di sini, Ahmad Yusof Yahya, 48, pula memperkenalkan cara memasak nasi dalam buluh.

Ahmad Yusof yang juga seorang bekas tentera berkata, stail masakan itu sangat sesuai dipraktikkan sekiranya masuk ke dalam hutan kerana tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak seperti periuk.

"Hanya perlukan beras dan mungkin sedikit garam. Setelah beras itu dibasuh dan dimasukkan ke dalam buluh dengan dibungkus daun lerek yang boleh didapati di lembah sungai di hutan. Saiz buluh berbeza-beza tetapi sebatang buluh itu mungkin boleh memuatkan dalam lima ke enam bungkus nasi dan dapat dimakan kira-kira 10 orang.

"Tempoh masaknya adalah dua jam, namun ikut juga kepada ketebalan buluh. Apa pun, yang penting, pastikan tiada kebocoran pada buluh ketika mengisi air," katanya.

Menurut Ahmad Yusof, perbezaan ketara antara nasi yang ditanak di dalam buluh berbanding periuk adalah dari segi keharuman baunya.

"Sebenarnya, masak tom yam pun boleh dibuat dalam buluh kerana sememangnya fungsinya sama seolah-olah sebagai sebuah periuk," katanya.

Sambutan Krismas Meriah di <b>Pulau Pinang</b> | iLuvTour

Posted: 30 Dec 2013 05:27 AM PST

Padang Kota Lama, 25 Disember 2013 – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2013 dalam suasana yang cukup meriah di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada hari 25 Disember yang lalu.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang ini, turut menyaksikan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan LIm Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Sero Mohamad Nazri bin Abdul Aziz selaku hos majlis.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata semangat perpaduan yang kukuh adalah pra-syarat penting kepada kejayaan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan."Oleh itu, kita tanpa sebarang prejudis atau buruk sangka, sentiasa menghargai kepentingan perayaan-perayaan yang dirayakan oleh rakyat Malaysia dan mengakui akan memanfaatkannya untuk memperkukuhkan lagi semangat perpaduan, muhibbah dan harmoni yang sememangnya amat sinonim dalam konteks kepelbagaian budaya dan etnik dalam negara ini." kata beliau.

Orang ramai yang hadir berpeluang untuk menyaksikan Karnival Pameran dan Demonstrasi yang bermula sejak jam 10.00 pagi. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah persembahan nyanyian, persembahan muzik dan tarian, persembahan buskers, pameran kraf warisan, pameran Visit Malaysia Year (VMY) 2014, demonstrasi pembuatan kad ucapan krismas serta demonstrasi hiasa biskut halia. Selain itu, mereka turut dijamu makanan tradisional rakyat Malaysia terutamanya dari Pulau Pinang seperti Laksa Penang, Kari Kepala Ikan, Char Kuey Teow, Pasembor, Nasi Briyani, Mee Rebus, Kek Buah, Cendol, Teh Tarik, Chappati, Murtabak dan bermacam-macam lagi.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Awie, Dato' Jamal Abdullah, Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman, Rahmat MEGA, Suki, Shantel Sahny, Kumpulan Lock-up, Sivakumar, Kumpulan Forteen, Kumpulan Drumline dan Bagpipe, Wakaka Crew dan ramai lagi.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2013 adalah antara enam perayaan Majlis Rumah Terbuka Malaysia atau singkatannya MRTM yang terbesar peringkat nasional yang dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Selain dari MRTM Krismas, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga turut mengadakan MRTM Tahun Baru Cina, MRTM Tadau Kaamatan, MRTM Gaawai Dayak, MRTM Hari Raya Aidilfitri dan juga MRTM Deepavali.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadikan majlis ini sebagai medium utama menyemarakkan semangat 1 Malaysia di samping menghasilkan perpaduan, persefahaman, apresiasi seni dan warisan serta menjadi wadah pelancongan yang terbaik untuk negara ini, selari dengan sasaran 28 juta orang pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

No comments:

Post a Comment

Post Popular