<b>Pulau Pinang</b> Tempat <b>Makan</b> Terbaik 2014 - Abang Nara - Blog Makanan di Pulau Pinang |
<b>Pulau Pinang</b> Tempat <b>Makan</b> Terbaik 2014 - Abang Nara Posted: 04 Feb 2014 07:46 PM PST Penerbitan panduan pelancongan global, Lonely Planet menyenaraikan Pulau Pinang sebagai tempat makan terbaik bagi tahun 2014. Pulau Mutiara itu menduduki tempat pertama ,mengalahkan pesaing utamanya termasuk Victoria di Australia, Lake District di United Kingdom, Puglia di itali, serta Georgia dan Oaxaca di Mexico. Menurut laporan editor Lonely Planet, Robin Barton Pulau Pinang terkenal dengan makanan gerai terutamanya "Char Kway Teow", "Mi Hokkien", dan "Laksa". Makanan berkenaan melambangkan kepelbagaian budaya Melayu, India, Cina, Siam dan Acheh yang wujud hasil aktiviti perdagangan pada 1786. Barton juga menyarankan peminat makanan melayari laman Esplanade Food Centre melalui Lonely Planet bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai Pulau Pinang terutama mengenai keindahan pasar malam di Pulau Mutiara itu. Beliau juga mempromosikan "Air Bandung" dan "Cendol" yang disifatkan minuman yang wajib dicuba dan boleh didapati di gerai penjaja atau pasar malam. Lonely Planet sebelum ini menyenaraikan Malaysia dalam kalangan 10 destinasi pelancongan terbaik bagi 2014. Kalau pergi penang jangan lupa makan cendol dekat Penang Road Famous Teochew Chendul dan makan nasi kandar kampung melayu. itu terbaik sekali. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment