Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang |
Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b> <b>...</b> Posted: 20 Feb 2014 09:34 PM PST
Bagi Nazeri Hussain, 50, mereka yang menaikkan harga sebenarnya mengambil kesempatan di atas perkara itu, walaupun hakikatnya kenaikan yang berlaku tidak begitu membebankan peniaga. Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mengekalkan harga makanan yang dijualnya kerana ingin memberi manfaat kepada semua orang terutamanya golongan miskin. "Tiada guna kita meletakkan harga mahal tetapi pelanggan tidak mahu datang ke kedai kerana perlu berbelanja lebih, ada peniaga yang pantang mendengar ada kenaikan makan dia akan segera naikkan harga jualannya. Saya bukan jenis peniaga seperti itu malah saya masih lagi menjual Teh O suam dengan harga 50 sen. "Bagi saya, kenaikan yang berlaku tidak begitu membebankan kerana kita bukannya pakai dalam kuantiti yang banyak," katanya. Dalam pada itu, Nazeri berharap agar kedai makannya menjadi kedai wajib dikunjungi semua pelancong yang datang ke Sungai Siput atas faktor makanannya yang murah dan sedap. "Penduduk di sekitar Sungai Siput memang ramai yang datang ke kedai saya dan berharap selepas ini pelancong dari negeri lain juga menjadikan kedai saya sebagai salah satu destinasi wajib singgah untuk mereka. "Setakat ini memang ada pelanggan dari Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur datang makan di kedai saya dan biasanya mereka akan datang lagi pada masa akan datang," katanya. Dia yang sudah hampir 15 tahun berniaga di situ berikrar akan terus menawarkan harga murah kepada pelanggan meskipun berdepan kenaikan harga barang. "Kalau ikutkan untung, memang untung sedikit sahaja tapi saya tidak pandang semua itu asalkan saya dapat membantu ramai orang. Lagipun saya ada menyediakan perkhidmatan katering. "Jadi, keuntungan dari perkhidmatan katering itu boleh menampung keuntungan di kedai makan saya. Itu sebab saya boleh tawarkan harga murah," katanya. |
Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Umno marah bila ada orang bagi <b>...</b> Posted: 16 Feb 2014 09:34 PM PST RILEKS SABTU Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua tiga hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno negeri itu yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab. Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dibuat agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup. Dua tiga hari kepas sekumpulan anak-anak muda telah mengadakan tunjuk perasaan sambil membawa patung berupa Najib Razak dan menyumbatkan dengan seberkas kangkung hijau ke mulutnya. Acara itu dibuat sebagai menempelak Najib Razak yang mengambil contoh bukan semua harga barangan naik, sebaliknya harga kangkung sudah turun. Perbandingan Najib itu menyebabkan beliau diejak dipersenda begitu teruk sekali sampai mendapat perhatian BBC. Gambar acara memberi Najib makan kankung itu dimasukkan ke dalam Facebook secara meluas yang bagi pandangan sesetengah pihak ia menghina perdana menteri. Sebenarnya perbuatan kumpulan berkenaan tidak perlu pun dilayan. Mereka hanya menyumbat kangkung kepada patung Najib saja dan tidak lebih dari itu. Kalau kejadian itu tidak diungkit ia dilupakan begitu saja tanpa mendapat perhatian umum. Kejadian seperti itu bukan pelik kerana sebelum ini bermacam-macam replika berupa pemimpin dilakukan dengan cara lebih 'beruk' lagi dari itu. Tidak terkecuali pemimpin Umno, pemimpin DAP, Pas dan PKR juga diperlakukan demikian rupa. Gambar Anwar Ibrahim pernah dibakar. Gambar Karpal Singh juga dibakar begitu juga degan gambar Lim Kiat Siang. Gambar Tokguru Nik Aziz diadunkan dengan tubuh babi, dan ada gambar Nik Aziz dengan Haji Hadi di banner dipancut kencing. Tetapi mereka tidak memberi apa-apa reaksi. Mereka meneriam itu sebagai vandalisme politik. Nampaknya bila kena giliran Umno mereka melenting macam buah guli jatuh ke simen. Tenanglah duhai Umno, kalau gambar pemimpin pembangkang boleh diperlakukan dengan cara lebih huduh dari itu kenap tidak dengan gamabr Najib Razak. Belajarlah bersabar dan tenang daripada pembangkang. Kita tahu tindakan membela Najib itu adalah untuk membodek Najib. Mereka sendiri sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu perdana menteri. Kalau mereka jujur untuk membela perdana menteri, menjaga maruah Najib, mereka boleh nasihat Najib berundur dan serahkan kerusi kepada Muhyiddin Yassin. Cara itu lebih praktikal dan dapat menyelesaikan masalah. Hanya dengan memaki hamu acara itu dan menganggap ianya tidak memberi bekas, sama dengan tindakan Umno membela Najib itu juga tidak memberi bekas. Sikap pemimpin Umno Pulau Pinang itu memperjelaskan mereka sangat terdesak dan sudah habis ikhtiar untuk bermain politik secara baik. Tindakan memarah kumpulan yang memberi makan kangkung kepada Najib ia memberi publisiti percuma dan provokasi terhadap Perdana Menteri itu berjaya kerana ia diberi reaksi sedemikian rupa. Tentu kumpulan itu dan Adun Machang Bubuk sangat gembira kerana ocahan mereka diberi reaksi. Elok juga polis jalankan siasatan dan mereka terlibat didakwa kerana kita mahu dengar di mahkamah nanti apakah sebab mereka memberi patung Najib 'mentankedarah' kangkung. Dan pastinya pendakwaan gara-gara memberi pantung PM makan kangkung akan mendapat perhatian dunia, dan Malaysia dalam keadaan ekonomi robek dan merudum ini dapat mencipta rekod baru, kerana berjaya mengadakan perbicaraan ke atas orang memberi makan kangkung kepada replika perdana menteri, manakala orang yang membunuh Altantuya terlepas begitu saja. [wm.kl.12:07 t/hari 18/01/13] |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Pulau Pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment