Tuesday 24 June 2014

Sepasang Kasut Merah : Jalan-jalan Cari Makan Pulau Pinang - Blog Makanan di Pulau Pinang

Sepasang Kasut Merah : Jalan-jalan Cari <b>Makan Pulau Pinang</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


Sepasang Kasut Merah : Jalan-jalan Cari <b>Makan Pulau Pinang</b>

Posted: 09 Jun 2014 05:42 AM PDT

Mula-mula sampai Penang, memang dah aim untuk update blog pasal makanan yang takleh miss kalau gi Penang. Bila sampai je, terus nak cari Nasi Kandar. Yelah kan tu signature food Penang.

Bermula episod memburu nasi kandar yang terbaik. First kami makan ialah di Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang. Jangan salah sangka ye, bukan dia buka warung bawah pokok ketapang. Tapi restoran yang agak besar dan comfortable berbanding Nasi Kandar Line Clear. Restoran ini terletak di Jalan Hutton, berdekatan dengan IPK Pulau Pinang. Sederet dengan Nasi Kandar Line Clear. Tak silap ada orang review restoran ni antara yang terbaek nasi kandar dia. Signboard dia besar warna hijau, so dari tepi jalan raya tu memang dah boleh nampak.

Ni Nasi Kandar dengan lauk telur ikan. Kalau pergi ke kedai ni, jangan lupa minta dia bubuhkan 'kuah hitam'. Rugi kalau tak ambil, sebab memang sedap.

En suami order Nasi Kandar Ayam. Feberet dia. So kalau nak dibandingkan dengan Nasi Kandar Line Clear, saya lagi berselera nak makan yang ini.

Keesokkan harinya kami mencari warung yang menyediakan sarapan pagi yang terbaek. Ni memang main redah. Set kan dalam kepala, mana tempat yang ramai orang tu lah yang terbaek. Tetiba nampak satu warung di tepi jalan, sederet dengan Hotel Penaga & Spa iaitu di Jalan Transfer penuh orang. So stopla sebab konpem sedap nye. Nak tahu dia jual apa?? Jeng jeng jeng ...

Warung ni dia jual Roti Canai. Yang menariknya dia jual roti canai ayam dan roti canai daging. 2pilihan. So kami pilih roti canai ayam. Ingatkan roti canai ayam, maksudnya kuah kari ayam, sekali datang, roti canai + ayam seketul. Memang sedap. Ayam dia lembut bak kata omputih so tender ...

En suami order Roti Canai Kuah Dal. Konsep warung ni kalau sampai makanan kena trus bayar. 2 keping roti canai ayam dan biasa harga RM8.00

Anak order Roti Bakar. Ingatkan kat kelantan je ada versi roti bakar macam ni, rupanya kat sini pun ada. Memang menyelerakan. Harga RM3.00. Lagi satu kalau pergi ke warung ni jangan lupa order teh tarik dia. Memang sedap, pahit-pahit lemak. Lupa nak ambil gambar disebabkan keenakan terlampaunya. Haha

Ni la rupa warungnya. Warung tepi jalan je.

Ni nama jalan. Sila pahatkan dalam ingatan kalau pergi Penang kena try makan kat sini.

Ni suasana pada pukul 900pagi. 

Petang tu kami terus pergi ke Batu Ferrighi. So hunting for lunch lak. Sebab dah dari semalam makan makan mamak so kali ni tekak rasa macam nak rasa masakan melayu. Pernah dengar Set Bawal Goreng?? Penang ni memang glamer dengan bawal goreng selain char keow teow dan laksa penang. Kami lunch dekat gerai tepi pantai Batu Ferrighi. Nama gerai dia Manaf Nasi Ayam. Lokasi dia jalan dari Batu Ferrighi menghala ke Teluk Bahang. Berhadapan dengan Tropical Spice Garden bersebelahan dengan gerai Paradise Water Sport.

Rupa Set Bawal Goreng. Harga RM12.00 jek sekali dengan kuah kari yang marvellous sehingga menjilat jari, sos kicap sedap, ulam, sambal belacan dan nasi putih. Memang sedap. Disyorkan untuk terjah ke gerai ini.

En suami cakap sos kicap dia sedap. Memang memikat selera.

Saya order untuk anak saya Nasi Goreng Ayam. Pun sedap.

Dan tidak ditinggalkan signature food, Laksa Penang. Barulah lengkap datang Penang.

Masa datang bercuti ni, kebetulan musim durian, yang paling famous durian balik pulau. Tapi sayangnya kami tak dapat nak g balik pulau sebab kesuntukan masa. So kami makan je durian yang ada di tepi batu ferrighi ni. Durian udang merah dan durian kampung.

Durian kampung yang pahit-pahit manis plus lemak. Nyum nyum..

Ni durian udang merah versi Penang hehe..

Uncle ni baik hati baik extra sebijik durian percuma. Thank you uncle.

Hasil yang telah kami makan. Padahal 2orang je makan.

Ni kebun uncle tu. Macam-macam jenis durian ada. Sekali ada nama tongkat ali. Hehe..

So kalau kengkawan berpeluang pergi Penang, jangan lupa cuba signature food mereka. Memang terbaek.

No comments:

Post a Comment

Post Popular