Pasti anda pernah membaca artikel mengenai restoran di Perancis yang melarang pelanggan mengambil gambar makanan di dalam restoran mereka. Bagi sesetengah pelanggan, mengambil gambar makanan adalah salah satu cara mereka menghargai makanan di restoran itu dan salah satu cara untuk mempromosikan restoran yang mereka pergi. Tetapi bagi sesetengah chef Perancis, ia adalah satu bentuk penghinaan kepada seni hidangan makanan mereka.
Kini beberapa restoran terkemuka termasuk restoran yang mendapat tiga bintang Michelin – berkempen untuk menamatkan budaya "porno makanan" dan mengharamkan pelanggan mengambil gambar makanan menggunakan telefon di restoran mereka. Menurut Alexandre Gauthier, tukang masak di restoran Grenouillere di La Madelaine-sous-Montreuil, ada masa dan tempat yang sesuai bagi segala-galanya. Matlamat mereka adalah untuk mewujudkan satu saat istimewa untuk pelanggan kami. Dan untuk itu, anda perlu mematikan telefon anda.
Sumber gambar : Foursquare Nicky L.
Walau bagaimanapun, sebuah restoran makanan Perancis di Pulau Pinang turut mengenakan syarat yang sama kepada pelanggan di restoran mereka yang melarang pelanggan membawa kamera ke dalam restoran mereka ( gambar mungkin hanya boleh diambil menggunakan telefon pintar? ). Membaca komen pelanggan di laman web Foursquare, restoran yang terletak di Jalan Irrawaddi, George Town, Pulau Pinang itu sebelum ini meletakkan notis di pintu masuk restoran mereka sejak tahun 2012 itu mendapat reaksi yang pelbagai dari pelanggan. Ada yang menyokong tindakan pemilik restoran, dan ada juga yang mengecam tindakannya yang seolah-olah tidak mahu 'publisiti percuma' daripada pelanggan.

Apa pendapat ada? Setuju atau tidak dengan tindakan restoran yang menghalang pelanggan mengambil gambar makanan?

About Aida Sue
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
No comments:
Post a Comment