Thursday 16 January 2014

GAMBAR "NAJIB" DI BERI MAKAN KANGKUNG DI PULAU PINANG ... - Blog Makanan di Pulau Pinang

GAMBAR "NAJIB" DI BERI <b>MAKAN</b> KANGKUNG DI <b>PULAU PINANG</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


GAMBAR "NAJIB" DI BERI <b>MAKAN</b> KANGKUNG DI <b>PULAU PINANG</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 06:04 AM PST

KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Anak Sungai Derhaka: Luahan Hati Blogger UMNO.. Kesiannya kat <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2014 07:01 PM PST


Memang dah jadi lumrah Umno bila kita sudah tidak diperlukan lagi maka kebajikan kita juga tidak akan dipedulikan lagi oleh mereka.

Tapi ini bukan bermakna tanpa Umno mengambil tahu KAMI semua akan mati kebulur tak makan. Dah alang alang orang tak peduli.. pi mampuih lah dengan diaorang!!!

Jadi malam tadi aku, Tun Faisal, Yuseri dan beberapa teman "keyboard writers" (kami dah meluat dengar diri kami dipanggil Pejuang Maya Umno atau apa saja gelaran tok nenek yang diberi pemimpin selama ini) berbincang bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup kami semua dan rakan rakan yang senasib dengan kami.

Salah satu langkah jangka pendek yang KAMI temui tanpa memerlukan modal yang banyak adalah menjalankan perniagaan menjual Kad Prabayar Tone Excel WOW dari pembekal perkhidmatan telepon Tune Talk.

Setelah membuat kajian akan prospek perniagaan ini dan pulangannya yang berterusan terhadap pengguna kad prabayar, Tun Faisal telah mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menyediakan kemudahan awal untuk kami atau siapa saja "keyboard writers" yang berminat untuk mendapatkan pendapatan pasif setelah terpaksa menjadi penganggur setelah selesai PRU13.

Daripada kita membuang masa membela dan mempertahankan Umno secara PERCUMA ada lebih baik kita buat perniagaan ini demi mencari rezeki untuk bagi makan anak isteri dan keluarga kita.

Kerja kerja membela dan mempertahankan Umno ni biar saja Lifestyler Lifestyler Ibdil dan mereka mereka "yang dibayar" lakukan kerana takkan nak mentekedarah gaji buta je...

Nanti bila tiba masanya PRU14 hampir dekat dan waktu tu Umno memerlukan khidmat kita, kita akan guna KAEDAH THE HIGHEST BIDDER.

Siapa BID paling tinggi masa itu kita pergi kerja untuk mereka... Apa macam.....?

Jadi kepada teman teman yang senasib kalau berminat boleh je email aku azmiapa@gmail.com

P/S : Kalau korang rasa nak buat kerja FREE aku tak boleh nak larang kerana itu hak masing masing.

Tapi dalam korang merasa korang ni PEJUANG MAYA UMNO tolong fikir balik... korang berjuang untuk mempertahankan parti atau mempertahankan PENYAMUN PENYAMUN dalam parti?

Korang makan KANGKONG...pemimpin makan ASPARAGUS.

Itupun nasib baik sebab "Kangkong yang naik hari ni dah turun...."

By Aku Peduli Apa @ APA

... Dalam hal ini aku rasa nasib Blogger UMNO lebih baik dari Blogger Pro PR, sebabnya mereka pernah diingati dan dibayar.. tapi Blogger Pro PR ni langsung tak diingati dan dipandangpun.. kecuali kaki bodek.

Punca utamanya ialah kebanyakkan Blogger Pro PR ni kaki melawan dalam lain ayat bukan jenis lembu yang dicucuk hidung..

Anwar Ibrahim wajar dipersalahkan kerana beliau yang mengajar.. 'Lawan tetap LAWAN!!!'...

pm @najibrazak jawab isu #kangkung & adun <b>...</b> - Dr MiM - Blogger

Posted: 16 Jan 2014 09:04 PM PST

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.

Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh,orang tertentu sahaja makan.

Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

Penjelasan DS Najib Razak sangat mudah dan patut difahami oleh semua pihak. Seperti yang MiM katakan sebelum ini, kenyataan awal beliau diputar belitkan dan out of the context sehinggakan menenggelamkan maksud sebenar yang mahu diperjelaskan oleh beliau.

Putar belit ini memang sengaja dipermain-mainkan oleh pakatan pembangkang tetapi bagi mereka yang waras dan berfikir, kenyataan 'kangkung' itu adalah contoh yang paling mudah untuk difahami oleh sesiapa pun.

Dalam masa yang sama, perkara besar yang perlu kita tahui ialah keprihatinan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masaalah rakyat. Sila baca :

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya. 

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. - BERNAMA

Media pro-pembangkang juga cuba memperlekehkan tindakan pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO yang mengutuk keras tindakan bodoh ADUN PKR Macang Bubuk.



Ada juga blogger pro-pembangkang yang berlagak pandai menyamakan tindakan ADUN PKR itu dengan peristiwa-peristiwa di mana pemimpin-pemimpin mereka dikutuk oleh ahli-ahli biasa BN sebelum ini.

Padahal, isunya ialah perlakuan seorang individu yang berstatus wakil rakyat yang bukan sahaja biadap tetapi melambangkan sikap kebudak-budakkan ke atas pemimpin tertinggi di negara Malaysia.

MiM bersetuju dengan penjelasan Adun BN YB Muhamad Farid Saad yang tampil mempertikaikan tindakan yang jelas keterlaluan hingga menghina kepimpinan negara :

1. Tindakan kebudak-budakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat@ YB Ahli DUN 

2. Seorang YB Ahli Dewan perlu menunjukkan kematangan berpolitik yang lebih tinggi dan dengan tindakan tersebut seumpama seorang aktivis jalanan sahaja. 

3. Tindakan YB Macang Bubuk jelas menunjukkan beliau tidak faham apa yang diungkapkan oleh YB PM dalam ucapannya di Kemaman.Dia terikut-ikut dengan keseronokan mengaibkan dan menjatuhkan maruah pemimpin negara. 

Memomokkan YAB PM dengan perlakuan sebegitu(menyumbat kangkung) juga menunjukkan standard pemikiran beliau sendiri. 

MAKA ELOKLAH :-

Beliau meminta maaf secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dan tidak lagi membuat dan mengulangi tindakan biadap ini.

Saya juga minta kepimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Pembangkang termasuk Ketua Menteri menegur adab tatasusila wakil-wakil rakyatnya. 

MiM juga bersetuju dengan kenyataan Rafizal Mansur, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang :

Sikap biadap kumpulan ini yang telah menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika YAB Perdana Menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah dan tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup. 

Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita.

Dan seperti yang MiM jelaskan sebelum ini, isu kangkung ini is not funny anymore.

Yang kelakarnya, portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini cuba mengaitkan artikel MiM yang kononnya rasis. Link blog MiM pun tidak berani diletakkan dalam laporan mereka itu. Yang ini memang funny !

   

Kedai Cina potong seat motor di <b>Pulau Pinang</b> ~ Pendapat

Posted: 05 Jan 2014 06:08 PM PST

Baru-baru ini saya pergi ke sebuah kedai Cina potong seat motor di Pulau Pinang

Kalau anda kaki motor, tentu pernah cari kedai untuk potong seat motor. Kalau di Pulau Pinang, kebiasaannya perniagaan ini dilakukan oleh orang Cina.

Saya bukanlah seorang kaki motor. Tapi kebetulan hampir kesemua kawan-kawan di Pulau Pinang sudah berminat untuk jadi kaki motor.

Kalau zaman muda remaja dulu, hanya ada impian untuk jadi kaki motor besar, bila dah besar dan ada duit sikit, tentu impian itu akan diterjemahkan juga menjadi kenyataan. Maka ramailah kawan-kawan yang masuk umur separa tua mula beli motor beramai-ramai.

Bila dah tua jadi kaki motor, bab nak ubah suai motor terutamanya nak potong seat motor jadi perkara mudah. Pertamanya kerana dah ada duit tidak seperti zaman remaja rempit dulu.

Keduanya sebab masa remaja zaman merempit dulu dah tahu semua lorong di mana ada bengkel atau kedai ubah suai motor yang murah tetapi pakar. Seperti kedai Cina yang saya kunjungi baru-baru ini di Pulau Pinang.

Kedai Cina potong seat tercorot dalam kampung

Kalau tidak dibawa masuk oleh kawan-kawan tempoh hari, tobat saya tak akan jumpa kedai cina potong seat tersebut. Malah tak akan tahupun kewujudannya.

Kedai itu tercorot terperosok jauh dalam Kampung. Masuk lorong kecil bersimpang siur di sebuah perkampungan Cina yang terletak di dalam bandaraya. Ya! pelik kan, sebuah perkampungan Cina yang berada di dalam pusat bandaraya!.

Daripada kawan yang pakar di kawasan tersebut, dia menceritakan keadaan kampung itu yang asalnya merupakan penempatan segala samseng jalanan serta kumpulan kongsi gelap. Satu ketika dulu pergaduhan, pukul memukul dan bunuh membunuh adalah perkara biasa berlaku di kawasan perkampungan itu.

Mereka semua bukannya senang. Ramai yang susah dan mengalami kesukaran dalam hidup mereka. Miskin walaupun terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Yang kaya hanyalah ketua-ketua kongsi gelap. Malah ketua lebih tinggi yang merupakan boss kepada semua ketua-ketua kongsi gelap biasanya orang bertamadun yang disegani, merekalah yang menjadi bapak segala kekayaan dan segala kegiatan haram.

Macai-macai di bawah hidupnya sukar. Merekakurus kering kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Bila tua, hidupnya melarat. Jalan bertongkat dan tak ada yang menaruh simpati.

Jika ada yang berjiwa keusahawanan dan tidak sanggup cari duit dengan jadi kaki pukul dan ambil duit orang untuk dihabiskan di meja judi, mereka akan berniaga kecil-kecilan. Cukup untuk menyara hidup serta makan minum keluarga.

Itulah agaknya yang dilakukan oleh ayah kepada Taukeh Kedai Cina Potong Seat motor yang saya lawat baru-baru ini. Kedai itudah wujud sebanyak dua generasi nampaknya. Dari ayahnya dulu dan sekaranh disambung oleh anaknya pula.

Hasil istiqamah ayahnya, walaupun kedai jauh terselit di dalam kampung Cina, dia masih mampu cari makan. Ramai kaki motor dapat menghidu bau kedai yang boleh ubah suai seat motor mereka dengan murah dan berkualiti.

Ketika sampai di kedai tersebut baru-baru ini, kelihatan dua orang lelaki Indonesia sedang membaiki Helmet mereka. Mereka juga nampaknya boleh menghidu kedai itu walau merupakan warga Indon. Nampaknya pemasaran mulut ke mulut kedai cina potong seat motor itu cukup berkesan sekali.

Ulat dalam batu boleh hidup, kedai cina potong seat motor dalam kampung juga tentu boleh hidup

Walaupun kagus dan hairan dengan kejayaan Cina itu menyara kehidupannya. Bila difikirkan semula memang itulah kehidupan. Semua makhluk ada rezki yang sudah tertulis padanya. Tak perlu risau.

Sedangkan ulat yang duduk dalam batu itu ada juga rezki mereka, kenapa kita manusia yang duduk atas muka bumi ini takut kalau tak ada rezki. Asalkan kita jangan berputus asa dan buat apa yang patut, pasti dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

Oleh itu jangan takut, berusahalah. Jangan takut orang cantas rezki kita. jangan takut orang rampas kuasa kita. jangan takut orang rampas negeri kita. Keyakinan mesti kuat.

Yang paling penting sekali jangan sebarkan kebencian sesama kita dengan perkara yang tidak benar. kita bukannya nak berperang dan saling bunuh membunuh. Tak ada orang halang kita melakukan usaha dakwah yang membolehkan kita angkat senjata untuk berperang.

Yang pentingnya kita perlu buat kerja. Jika nak cari duit, perlulah pergi berniaga sendiri dan berusaha sampai berjaya. Bukannya pergi menghalang orang lain dari menjalankan perniagaan sedangkan kita tak berniaga.

Eh! apa melalut ke situ pulak....dah lari cerita cina potong seat motor nampaknya. Layanlah beberapa keping gambar kedai cina potong seat motor di Pulau Pinang yang saya rakamkan.


No comments:

Post a Comment

Post Popular