Wednesday, 4 June 2014

Cerita Saya: Balik kampung a.k.a Makan Angin ke Pulau Pinang - Blog Makanan di Pulau Pinang

Cerita Saya: Balik kampung a.k.a <b>Makan</b> Angin ke <b>Pulau Pinang</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


Cerita Saya: Balik kampung a.k.a <b>Makan</b> Angin ke <b>Pulau Pinang</b>

Posted: 28 May 2014 08:50 AM PDT

Assalamualaikum wbt

Sejak dua menjak ni, mood nak berblogging dah semakin menurun pulak rasanya.. Entah la pasai apa.. Tapi hati ni tetap hepi jugak sebab semalam, aku dah mula cuti sekolah.. 20 hari cuti wooo.. Jangan jeles nooo.. Dulu nasib baik la bapak aku yang paksa aku minta jadi chegu.. Kalau dak, apa ntah aku buat kat Penang tu.. 

Lokasi bapak aku pi cuci kaki setiap hari

Siap ada Mandi Wap lagi.. Canggihhh

View memang menarik.. Keliling bendang..

Baru ni aku balik pi tengok bapak aku.. Kesian la jugak sebab badan pak aku makin menguruih.. Kesan akibat kencing manis rasa aku tu.. Jari kaki belah kiri dah tinggai separuh.. 2 batang dah buang.. Kadang-kadang, bila mengenangkan nasib bapak aku, kesian sungguh.. Dulu masa arwah mak aku ada, badan sihat walafiat.. Boleh ke sana-sini.. Pi masjid memang 5 waktu sehari.. Tahlil dia pi.. Sembahyang jenazah merata masjid dia pi.. Kenduri sana-sini pi.. Tapi la ni tak berdaya dah nak pi.. Itu la dia kesan akibat kencing manis.. Aku bersyukur jugak sebab mak baru aku ni mampu menguruskan dan meneman bapak aku yang dok sorang kat rumah.. Balik kampung baru ni, sempat jugak aku bawak pi cuci kaki bapak aku di Pekan Batu Lima.. Memang bapak aku senang pi kat "sinseh" ni walaupun kadar bayaran RM25.00 setiap kali pi cuci.. Tapi aku nampak elok jugak la dengan kaedah yang diamalkan oleh cina tu.. Nampak rileks sikit berbanding dengan Klinik yang aku bawak bapak aku buat rawatan di Mantin.. Seksa sangat rasanya.. Takdak bius apapun, main gunting ja isi, kulit.. Ngeri sungguh.. Tapi kat cina Batu Lima ni memang kool la sikit.. 





Terlajak balik kampung, dipanjangkan langkah kaki sikit ke Penang.. Teringin pulak nak naik Jambatan Kedua PP.. Memang panang sungguh jambatan ni atas laut.. Lama sangat rasa nak sampai ke Batu Maung.. Kalau dari Jawi, naik highway terus ja masuk ke JKPP ni.. Tol Plus + Tol Jambatan = RM10.50.. Maknanya, Tol JKPP sahaja rm8.50...Dari segi struktur jambatan ni memang nampak sama saja dengan jambatan lama.. Cuma lorong motosikal diasingkan.. Memang baguih la untuk pengguna motosikal.. Aku rasa jarak tu jadi jauh sebab melingkau-lingkau mcm ular kena bedal.. Okla.. Tapi memang tak ramai yang menggunakan JKPP ni mungkin sebab jauh kot.. Tapi akan datang, aku rasa JKPP ni memang berguna untuk semua pengguna yang nak keluar - masuk Pulau Pinang.. 

Terbaekkkk.. Beriani 3 mamuuuuu... Hehehe

Kebetulan masuk Penang, teringin pulak nak makan Nasi Beriani Hameediyah.. Jadi, tanpa membuang masa, kami sefamili terus pi Restoran Hamediyah.. Memang power... Puas hari makan.. Nasi beriani + ayam kapitan = RM8.50.. Ayam besaq pulak tu.. 1/4 ekoq ayam tu.. Restoran asal Hameediyah tengah buat renovation.. Jadi kami makan kat Restoran Hameediyah yang sebelah.. Sama saja la.. Jadi, sapa yang nak makan beriani Penang, boleh pi try.. Kalau tekak aku, memang ok la.. Total makan semua RM32.50.. Nasi Beriani 3 pinggan + nasi putih 1 pinggan (aku punya nasi tambah.. hahaha) + ayam kapitan 1 + ayam percik (madu) 1 + daging seketul + sirap + milo air + air kosong 2.. Berbaloi tak???

Aku pi Penang ni hanya UNTUK MAKAN.. Hahahaha.. Banyak sungguh makanan yang best kat Penang ni.. Sapa nak tau tempat2 menarik, bolehla emel aku sebab aku 22 tahun duduk kat Penang.. La ni saja dah merantau jauh ke Nilai.. Okey.. 

restoran terkenal <b>pulau pinang</b>, "nasi kandar line clear <b>...</b> - isu panaz

Posted: 02 Jun 2014 12:55 AM PDT


Nasi Kandar Line Clear, salah sebuah restoran India Muslim yang paling terkenal di Pulau Pinang ‎bakal menghadapi risiko penutupan gara-gara masalah pelesenan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkata akan mengambil alih semula tapak restoran itu di lorong sempit Jalan Pulau Pinang, George Town yang sudah beroperasi selama beberapa dekad jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi.

‎Isu pelesenan timbul berikutan pertikaian antara empat ahli keluarga yang pada mulanya bersetuju bergilir-gilir menjalankan perniagaan nasi kandar itu.

Sehingga kini, restoran tersebut diuruskan Abdul Hamid Seeni Pakir meskipun keluarga itu membuat perjanjian akan membenarkan beliau menjalankan perniagaan sehingga 2011.

Beliau sepatutnya menyerahkan perniagaan itu kepada sepupunya, Sahubarali China Mohd Hanibah pada 2011, namun didakwa tidak berbuat demikian.

"Kami akan berunding kembali dengan pihak kepentingan bagi menyelesaikan masalah ini dalam dua minggu. Berdasarkan hal itu, kami terpaksa mengambil tindakan bagi memastikan perniagaan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang.

"‎Kami berhasrat ingin mengambil alih premis dengan mengosongkan kawasan itu menyusun semula perniagaan selaras dengan majlis undang-undang," kata Pengarah Pelesenan MPPP, Azman Sirun.

Sejarah restoran Line Clear bermula kira-kira setengah abad lalu.

Ketika itu pekerja akan menjerit "line clear" sebagai cara mereka memberitahu sudah bersedia untuk melayan pelanggan yang sedang berbaris.

‎Restoran itu amat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang mahukan makanan terbaik mamak Pulau Pinang.

Restoran itu juga terkenal dengan aroma kari dan pelbagai hidangan seperti daging, makanan laut dan sayuran, lapor The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Post Popular