Monday, 9 June 2014

Anak Sungai Derhaka: Bukan sekadar main golf di Dubai, makan ... - Blog Makanan di Pulau Pinang

Anak Sungai Derhaka: Bukan sekadar main golf di Dubai, <b>makan</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


Anak Sungai Derhaka: Bukan sekadar main golf di Dubai, <b>makan</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2014 06:00 AM PDT


Aku ingatkan yang nampak macam baik dan tak ada isu melibatkan dia ni betul-betul baik tapi sama saja dengan yang ada rupanya..

Betullah kata pepatah.. 'Air yang tenang jangan sangka tiada Buaya'..rupanya ada.. alim-alim kucing saja dia, depan rakyat kononnya berhemah tapi bila jauh dari rakyat saja.. harta negara dibuatnya macam harta mak bapak dia..

Dulu semasa kunjungan ke Dubai, lebih banyak masa dihabiskan di padang Golf dari urusan rasmi negara kali ini pula di Australia..

Dalam melakukan lawatan kerja ke Australia.. sempat lagi di guna kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan yang datangnya dari wang pembayar cukai untuk makan angin di Gold Coast..

Bravo!!.. pandainya dia.. sambil menyelam minum air..

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Kegiatan lawatan 'kerja sambil melancong' Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai pada tahun 2012 yang didedahkan sebelum ini bukanlah kes terpencil, sebaliknya adalah satu kebiasaan.

Perkara ini disedari berikutan pendedahan dokumen jadual rombongan beliau dan kakitangan ke Melbourne, Brisbane, dan Gold Coast, Australia, atas alasan 'lawatan kerja' pada 10 hingga 18 November 2012.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong membangkitkan pendedahan blog peniupwisel2020.blogspot.com dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Zairil mempersoalkan jadual lawatan itu yang menunjukkan aktiviti berkaitan pendidikan yang jauh lebih sedikit berbanding acara tidak rasmi dan peribadi.

"Lawatan bermula dua hari di Melbourne apabila Muhyiddin merasmikan Forum Ekonomi Cina Dunia ke-4, sebelum bergegas ke Gold Coast, destinasi percutian terkenal, selama 4 hari.

"Di sana, aktiviti beliau secara purata hanya dua jam sehari, dan kebanyakannya adalah taklimat ringkas dan majlis makan malam, termasuk pertemuan dengan pelajar Kelab Umno. Jadi apa sebenarnya tujuan lawatan ini?" katanya.

Menurut jadual yang dibocorkan itu, rombongan berlepas dengan menaiki 'pesawat khas' dan menginap di hotel mewah Hilton Surfer's Paradise Hotel ketika di Gold Coast.


Malah, jadual itu juga menunjukkan program peribadi untuk sepanjang hari pada 16 November 2012.

Dalam pada itu, Steven Sim mempersoalkan peserta rombongan yang kesemuanya adalah pegawai politik.

"Tiada penjawat awam atau pegawai kementerian, (sama) seperti lawatan ke Dubai. Adakah Ini kerana Muhyiddin tidak yakin dengan pegawai kementerian, atau kerana lawatan ini tidak lebih sekadar 'company trip' untuk kakitangan beliau?" soalnya.

Menurut dokumen itu, Muhyiddin dan isteri disertai 15 pengiring, termasuk enam pengawal keselamatan dan empat pegawai khas.

Steven Sim juga sekali lagi mengingatkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa agar tidak mengugut penjawat awam yang membocorkan salah laku pemimpin BN atas alasan ia adalah 'rahsia rasmi kerajaan'.

Ia berikutan amaran Ali untuk mengenakan tindakan tegas, termasut pecat, kepada penjawat awam jika terlibat dalam pendedahan dokumen lawatan Muhyiddin ke Dubai.

"Ingat, kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang melindungi sesiapa sahaja yang membuat pendedahan.

"Beliau tidak sepatutnya mengugut penjawat awam yang beri maklumat untuk melindungi pembesar-pembesar yang salah guna kuasa," katanya lagi ~ Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Post Popular