Thursday 29 May 2014

Azie Kitchen: JJCM Yang Paling Singkat ke Pulau Pinang - Blog Makanan di Pulau Pinang

Azie Kitchen: JJCM Yang Paling Singkat ke <b>Pulau Pinang</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang


Azie Kitchen: JJCM Yang Paling Singkat ke <b>Pulau Pinang</b>

Posted: 25 May 2014 01:23 AM PDT





Memang telah lama Saya tidak ke Penang apalagi berduaan dengan hubby. Kami melakukan perjalanan singkat ke Penang untuk makan tengahari dan balik semula bermalam di Ipoh. Hubby melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih belum dilalui oleh banyak kenderaan. Agak lengang kerana tidak banyak kenderaan di ketika itu.

Dari situ kami menuju pula ke Chowrasta untuk membeli buah pala dan mangga jeruk. Kami singgah di gerai Bakar Nordin yang berbasikal ke London suatu ketika dulu. Mereka jual jeruk jenama D'jeruk KITA yang halal. Harganya lebih murah dari jeruk Pak Ali. Memang rangup jeruk nya.







Kemudian hubby membawa saya minum di gerai menjual cucur udang yang terkenal. Memang ramai sekali pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa sedang menikmati cucur udang waktu itu. Tapi kalau dah makan dalam keadaan kekenyangan tu, berapa banyak lah yang mampu dimakan. Kami hanya order 1 pinggan sahaja.







Hajat hati untuk bungkus sup Hameed terpaksa dilupakan sebab gerai belum dibuka. Kami terus balik sebelum jalan raya mulai sesak bila orang pejabat mulai balik dari pejabat menuju ke Ipoh dan check in hotel. Berakhirnya perjalanan JJCM paling singkat di Penang. Kami balik dengan melalui jambatan Pulau Pinang pertama sebagai melengkapkan perjalanan.

Sesampai di hotel, saya dan hubby makan pulak martabak Hameediyah yang memang sedap walaupun dah sejuk. Sebelah malam, seperti biasa kami keluar makan nasi goreng ikan rebus di Dataran Bandaraya Ipoh. Kebetulan terjumpa dengan kawan kawan hubby dari Prudential. Kali ini saya menambah ikan sehingga 3 ekor. Alaaa kecik jer ikan nyer. Hahaha cuba nak justify kenapa banyak ekor ikan yang dimakan lak.


No comments:

Post a Comment

Post Popular