Sunday 27 April 2014

Restoran Kapitan sekali lagi ~ Pendapatanda - Blog Makanan di Pulau Pinang

Restoran Kapitan sekali lagi ~ Pendapatanda - Blog Makanan di Pulau Pinang


Restoran Kapitan sekali lagi ~ Pendapatanda

Posted: 25 Apr 2014 05:00 PM PDT


Sekali lagi kami makan di restoran Kapitan, Pulau Pinang. Sebelum pergi melawat ke rumah Karpal Singh yang saya tulis sebelum ini, kami semua singgah ke Restoran Kapitan untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Sengaja saya tahan tak makan dari petang selepas solat Jumaat terus ke Pulau Pinang tanpa henti kecuali untuk solat asar. Semuanya sebab nak makan di Pulau Pinang. Bila dah tahu nak ke Puau Pinang, makanan lain semuanya dah tak rasa ada selera. Nak buat macam mana, lidah dah tune dengan rempah ratus masakan Pulau Pinang.

Restoran Kapitan lain tak sama dengan di Pulau Pinang

Bukannya tak ada restoran Kapitan di Selangor atau di Lembah Kelang ini. Ada sebuah di Ara Damansara dan sebuah lagi di Bangsar. Tapi walaupun namanya sama, masakannya lain tak sama macam rasa masakan yang Restoran Kapitan Pulau Pinang.

Bukan saja restoran Kapitan, malah restoran lain yang ambil nama sempena Restoran nasi kandar yang terkenal di Pulau Pinang, yang membukannya di Selangor atau Lembah Kelang, semua masakannya jadi berbeza. Bila buka saja di tempat lain, terus lari rasanya.

Tak pasti kenapa jadi macam itu. Rasanya mamak tentu dah buat ukuran resepi mereka secukup rasa samada masak di Pulau Pinang atau di negeri lain. Tapi masih tetap tak sama. Mungkin mamak yang tak sama memasaknya, dan peluh yang menitik bukan daripada mamak yang sama. Maka larilah rasa masakannya.


Atau berkemungkinan cuaca di tempat lain yang tidak ada angin laut meniup ke darat membuatkan masakan mamak yang keluar dari Pulau Pinang akan berbeza daripada masakan di Pulau Pinang. Rempah ratus mungkin berubah apabila berlainan cuaca. Semua itu mungkin belaka dan saya tak dapat pastikannya.

Di mana Restoran Kapitan Pulau Pinang

Restoran Kapitan Pulau Pinang yang saya selalu singgah makan letaknya di No 93, Chulia Street, Pulau Pinang. Kalau nak pergi ke sana boleh rujuk pada peta google. Mudah saja kalau ada smart phone. Sekarang hampir semua orang dah ada smart phone, jadi takpayah nak beri petua terperinci. Cukup hanya dengan mengetahu ejaan betul dan buat carian di google.
View Larger Map

Makanan Kegemaran di Restoran Kapitan Pulau Pinang

Banyak masakan yang ada di sediakan di Restoran Kapitan sedap-sedap belaka. Nasi briani, roti nan, Tandoori, masakan barat dan masakan mamak, semuanya ada. Tapi makanan pilihan saya setiap kali ke restoran Kapitan adalah masakan Ayam yang dinamakan sebagai Chicken Melani.

Ayam dibuat macam chicken Chop tetapi diletakkan kuah khas berwarna kuning macam susu. Tak tau apa resepinya tapi rasanya memang enak. Dia berikan ayam bersama dengan 3 keping roti nan. Makanlah puas-puas sampai kenyang. Kalau nak makan dengan nasi pun boleh tapi saya tak pernah mencubanya. Rasanya makan dengan roti nan lebih enak.


Selepas makan chicken melani, minum pula susu badam, perghhh! ceritapun tak guna. Memang menggemukkan badan kalau dimakan selalu sangat. Susu badan itu merupakan susu yang dicampur dengan ramuan seperti badam, kismin dan di masukkan sedikit gula.

Warna susu badam itu kekuningan. Mereka akan masak dalam kuali penuh dengan susu dan sering dikacau. Kalau pergi lambat, susu itu habis kering. Jadi kalau nak rasa ssu badam kena pergi jangan lewat sangat.

susu badam


Itulah masakan dan minuman kegemaran yang ada di Restoran Kapitan Pulau Pinang. Kalau anda berkesempatan pergi ke Pulau Pinang jangan lupa singgah di restoran tersebut. Orang sentiasa ramai di waktu malam. Semua bangsa ada di dalam restoran itu, dari mat saleh, cina, melayu, mamak dan bangla semnyanya ada. Selamat mencuba!
chicken melani

No comments:

Post a Comment

Post Popular