Monday, 18 August 2014

“Line Clear” Lapor Majlis Perbandaran Pulau Pinang ... - mykmu.net - Blog Makanan di Pulau Pinang

“Line Clear” Lapor Majlis Perbandaran <b>Pulau Pinang</b> <b>...</b> - mykmu.net - Blog Makanan di Pulau Pinang


“Line Clear” Lapor Majlis Perbandaran <b>Pulau Pinang</b> <b>...</b> - mykmu.net

Posted: 04 Jun 2014 05:12 PM PDT

GEORGE TOWN: Pengendali restoran nasi kandar Line Clear di Pulau Pinang memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka tidak akan menutup operasi, sebaliknya tetap menjalankan perniagaan seperti biasa.

Pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, 76 tahun berkata, biar apa pun yang terjadi restoran yang menjadi ikon pelancongan Pulau Mutiara itu tidak akan dibiar ditutup oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu, Abdul Hamid meminta penggemar nasi kandar supaya tidak bimbang kerana apa yang berlaku hanya salah faham dan isu restoran nasi kandar Line Clear akan ditutup tidak benar sama sekali.

"Restoran ini tidak akan ditutup sebab ini turun temurun… saya tidak nampak sebab untuk menutup walaupun pihak majlis memaksa pun kita akan tetap teruskan perniagaan. Ramai pelanggan kembali," katanya.

Sebaliknya beliau menjelaskan terdapat salah faham berkaitan hak pemilikan bersama empat rakan kongsi dan ia perlu diselesaikan segera atau MPPP akan mengambil tindakan pengosongan premis tersebut.

Dalam pada itu, anak Abdul Hamid, Hashim Abdul Hamid berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa di pihak jabatan perlesesanan MPPP kerana usaha mereka untuk mendapatkan lesen sejak sekian lama tidak pernah diluluskan sebaliknya meluluskan permohonan lesen pihak yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, bagi penggemar nasi kandar, Ismett Azyze, 69 tahun yang berasal dari Bayan Lepas berharap khabar angin itu tidak benar malah dia yang telah lama menikmati menu kegemaran ramai itu berkata Line Clear sudah sebati dengan Pulau Pinang dan ia wajar dikekalkan.

Nada sama juga diluahkan beberapa pengunjung dari luar Pulau Pinang yang melancong ke negeri itu dan melihat salah satu keunikan lokasi restoran nasi kandar Line Clear yang hanya terletak di lorong kecil namun mempunyai nama yang sangat besar.

"Mengapa tutup? Ini dah jadi tradisi di tempat ini… kalau ditutup mungkin ada reason tetapi bagi saya (ia) patut dikekalkan. Saya dari Puchong semata-mata hendak makan Line Clear datang ke Pulau Pinang. Tanpa Line Clear, 'tak clear' la," kata M. Fadil Razak.

Dalam pada itu, seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Felicia Khor yang mendapat tahu tentang restoran tersebut melalui Facebook memuji makanan di restoran tersebut dan berpendapat ia harus dikekalkan.

MPPP sebelum ini dilaporkan memaklumkan restoran nasi kandar Line Clear bakal berdepan tindakan pengosongan jika pengurusannya gagal menyelesaikan pertikaian hak pemilikan antara empat rakan kongsinya dalam tempoh dua minggu.

Ini kerana pihak MPPP telah menerima aduan bahawa seorang daripada empat pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, enggan mematuhi sistem giliran yang ditetapkan iaitu setahun operasi bagi setiap pemilik sejak penubuhannya pada 1950-an.

Pengendali restoran Abdul Hamid tidak memiliki lesen dan mengikut rekod, MPPP hanya mengeluarkan tiga lesen atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.

- ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment

Post Popular