Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Seni jalanan istimewa di George <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang |
Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Seni jalanan istimewa di George <b>...</b> Posted: 08 May 2014 12:17 PM PDT Oleh Steve Annuar // TIDAK sah sekiranya pengunjung tidak bergambar dengan lukisan dinding popular Kids On Bicycle dan Old Motorcyle ketika mengunjungi George Town di Pulau Pinang. Sekiranya anda adalah fotografi, mural dan seni lukis, Street Art Penang adalah tempat untuk anda, di mana lukisan dinding dan arca yang dilukis dan dipasang di sekitar George Town. Seni dinding unik ini memperlihat keadaan hidup seharian masyarakat tempatan, di samping memaparkan unsur humor dan sejarah untuk tatapan ramai. Oleh kerana ia mungkin memaparkan sejarah sesuatu lorong atau kawasan di George Town, anda perlu rajin berjalan kaki jika ingin melihat kesemuanya sekali. Namun jika kesuntukan masa, anda boleh berkunjung ke kawasan Lebuh Armenian sahaja kerana sekitar kawasan ini terdapat lima arca dan lukisan mural yang berhampiran. Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan George Town kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Louis Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens. Sebanyak 18 lukisan dinding dan 52 arca yang diperbuat daripada besi terdapat di George Town. Berbasikal dan menaiki beca adalah cara popular menjejaki hasil seni ini selain melihat pemandangan seluruh George Town. Tarikh 7 Julai merupakan tarikh penting bagi penduduk George Town. Tahun ini merupakan tahun keenam mereka meraikan kejayaan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Hari tersebut juga dijadikan cuti umum untuk membolehkan penduduk dan pelancong meraikan bersama sambutan berkenaan. Pelbagai acara seperti perarakan dan festival sepanjang bulan Julai dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik bagi memperkenalkan bandar warisan itu kepada orang ramai. Agensi Warisan Negeri, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) juga tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti yang antaranya bengkel, bicara awam, lawatan panduan dan jalan kaki, arkib maya 'Vision of Penang', menghasilkan buku-buku kecil, pusat sumber, bicara bersama pelajar dan dokumentasi sejarah. PELBAGAI PROGRAM Penang Global Tourism juga aktif mengendalikan pelbagai program untuk memeriahkan industri pelancongan di Pulau Pinang. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad terakhir pada setiap bulan dijadikan hari khas untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti bertemakan warisan, hiburan, budaya dan alam. Antara aktiviti yang dirancangkan Pearly's Nyonya Makan pada 24 Mei dan 28 Jun yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati masakan tradisional Nyonya Pulau Pinang, bakat seni dan budaya Armenian Street Got Talent yang turut menampilkan produk budaya dan seni kreatif serta makanan tradisional. Little Penang Street Market menampilkan lebih 70 gerai seperti kraf tangan, makanan, persembahan secara langsung, seni visual, demonstrasi, aktiviti kanak-kanak dan bacaan buku yang diadakan pada 25 Mei dan 29 Jun di Upper Penang Road. Lampu-lampu di Khoo Kongsi akan dinyalakan untuk menempatkan persembahan keseniaan dan kebudayaan Cina. Disebabkan landskap Khoo Kongsi yang istimewa, penyalaan lampu pada waktu makan akan menon-jolkan bangunannya. Aktiviti An Eve-ning of Light @ Khoo Kongsi yang diada-kan pada 24 Mei dan 28 Jun. Pada 24 Mei dan 28 Jun, aktiviti lawatan LaCala Discovery Walk memberi tumpuan kepada pelbagai budaya di George Town di mana peserta akan dibawa melalui Lebuh Acheh, Lebuh Cannon dan Lebuh Armenian untuk meneroka keunikan warisan sosial masyarakat George Town. Pada 25 Mei dan 29 Jun, aktiviti lawatan diadakan di Tanah Perkuburan Protestan Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah yang merupakan lokasi bersejarah di Pulau Pinang. Di situ letaknya makam perintis Eropah di Pulau Pinang. Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Adrian Tang berterima kasih di atas peluang yang diberikan penganjur kepada media di Miri untuk melawat dan mengenali George Town secara lebih dekat. "Berjalan-jalan di George Town adalah seperti sedang membaca buku sejarah. "Bangunan dan seni binanya dipulihara dengan baik, seperti kita sedang berada pada masa lampau," ujar beliau. Usaha pemuliharaan warisan bukan sahaja dapat menyelamatkan seni bina dan bangunan dari rosak dan musnah, malahmenjadi bahan tarikan jutaan pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat sendiri keunikan di George Town. "Usaha-usaha seperti ini juga harus dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia dalam kita mempertahan dan mempromosikan warisan kita," jelasnya lanjut. Mereka yang ingin mahu mendapat maklumat lanjut tentang usaha dan peranan GTWHI, e-mel saja ke alamat info@qtwhi.com.my atau layari laman sesawang www.gtwhi.com.my. Maklumat mengenai aktiviti Penang Global Tourism juga boleh diperolehi dari laman Facebook mereka. Category: Sarawak |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Pulau Pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment