Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pulau Pinang |
Blog <b>Makanan</b> di <b>Pulau Pinang</b>: Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b> <b>...</b> Posted: 20 Feb 2014 09:34 PM PST
Bagi Nazeri Hussain, 50, mereka yang menaikkan harga sebenarnya mengambil kesempatan di atas perkara itu, walaupun hakikatnya kenaikan yang berlaku tidak begitu membebankan peniaga. Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mengekalkan harga makanan yang dijualnya kerana ingin memberi manfaat kepada semua orang terutamanya golongan miskin. "Tiada guna kita meletakkan harga mahal tetapi pelanggan tidak mahu datang ke kedai kerana perlu berbelanja lebih, ada peniaga yang pantang mendengar ada kenaikan makan dia akan segera naikkan harga jualannya. Saya bukan jenis peniaga seperti itu malah saya masih lagi menjual Teh O suam dengan harga 50 sen. "Bagi saya, kenaikan yang berlaku tidak begitu membebankan kerana kita bukannya pakai dalam kuantiti yang banyak," katanya. Dalam pada itu, Nazeri berharap agar kedai makannya menjadi kedai wajib dikunjungi semua pelancong yang datang ke Sungai Siput atas faktor makanannya yang murah dan sedap. "Penduduk di sekitar Sungai Siput memang ramai yang datang ke kedai saya dan berharap selepas ini pelancong dari negeri lain juga menjadikan kedai saya sebagai salah satu destinasi wajib singgah untuk mereka. "Setakat ini memang ada pelanggan dari Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur datang makan di kedai saya dan biasanya mereka akan datang lagi pada masa akan datang," katanya. Dia yang sudah hampir 15 tahun berniaga di situ berikrar akan terus menawarkan harga murah kepada pelanggan meskipun berdepan kenaikan harga barang. "Kalau ikutkan untung, memang untung sedikit sahaja tapi saya tidak pandang semua itu asalkan saya dapat membantu ramai orang. Lagipun saya ada menyediakan perkhidmatan katering. "Jadi, keuntungan dari perkhidmatan katering itu boleh menampung keuntungan di kedai makan saya. Itu sebab saya boleh tawarkan harga murah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Pulau Pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment